Free Fish Swim Purple Lefty - Pointer Cursors at www.totallyfreecursors.com

Saturday, May 5, 2012

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Pengenalan 

- Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang beberapa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar juga telah menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
- Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik yang mana paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk pengetahuan pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV
  1. Recopy (salin semula)
  2. Rework all model 5x (buat semula contoh/cepat/5x)
  3. Recite out loud Repeatedly (Lafaz kuat berulang kali)
  4. Recheck (semak semula)
  5. Reasonnablenes (Jawapan berpatutan/sebaliknya)
  1. s-sumarize (ringkaskan nota penting)
  2. t-test your self (uji diri anda)
  3. u-use (gunakan)
  4. v-visualize (bayangkan selalu)
Asas sebagai seorang pelajar 
  • Beri keutamaan dalam hidup: Berjaya dalam pelajaran sepatutnya menjadi keutamaan tertinggi.
  • Belajar: Tiada jalan lain atau ganti.
  • Sentiasa menghadiri kuliah
  • Buat semua kerja rumah dan banyakkan membaca: Terutama yang disuruh oleh pengajar
  • Bina displin diri
  • Uruskan masa kamu
Faktor-faktor dorongan dalam pembelajaran
  •  Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri masing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
Langkah-langkah persediaan
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu menghadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pembelajaran. Pemikiran yang masih bercampur aduk dengan perkara-perkara yang lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
Teknik-teknik Pembelajaran

Suasana / tempat belajar
  • Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya.
Memilih masa yang sesuai
  • Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  • Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk mentelaah / mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam. (ingat! waktu belajar yang sesuai tidak sama bagi semua pelajar)
  • Menyediakan satu jadual kerja harian walau pun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  • Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
Pembelajaran di sekolah 
  • Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang paling penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimum haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah. 

~7 Keajaiban Dunia Tahun 2012~

Mengetahui peninggalan bersejarah atau tempat-tempat unik yang masuk dalam 7 keajaiban dunia wajib diketahui setiap orang, apalagi jika keajaiban dunia tersebut setiap tahun selalu berubah-ubah. Berikut 7 keajaiban dunia terbaru yang patut untuk diketahui oleh kita semua:

Petra adalah sebuah sinus di arkeological di yordania, terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung membentuk sayap timur Wadi Araba lembah besar yang terawal dari Laut Mati ke Teluk Aqaba.

Patung Kristus Penebus adalah patung Yesus Kristus dengan gaya arsitektur Art Deco terbesar dan terdapat di Rio de Janeiro, Brazil. Patung ini memiliki ketinggian 38 meter dan terletak di puncak dari Gunung Corcovado, tingginya 710 m di Taman Nasional Hutan Tijuca yang menghadap ke kota. Patung ini menjadi simbol umat Kristen dan menjadi kebanggaan kota.
MACHU PICCHU
Machu Picchu (1460-1470 A.D.), Peru
TAJ MAHAL
Taj Mahal (1632-1653 A.D.), India
CHICHEN ITZA
Chichen Itza (roughly 600 A.D.), Mexico
COLOSSEUM
Colosseum (70-80 A.D.), Italy
Tembok Raksasa Cina atau Tembok Besar Cina merupakan bangunan terpanjang pernah dibuat oleh manusia, terletak di Republik Rakyat Tiongkok. Panjangnya adalah 6.350 kilometer dan tingginya 8 meter. lebar bahagian atasnya ialah 5 m, sedangkan lebar bahagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat seperti menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m.