SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN BADLISHAH, KULIM
Pada 8 Januari1948, ditubuhkan di bangunan Kedah Volunteer
Force Drill Hall sebagai Government English School. Idea dan usaha penubuhan
diterajui oleh Allahyarham Datuk Sri Syed Omar Shahabudin, ketika itu Pegawai
Daerah Kulim, atas dasar keperluan. Kebanyakan ibu bapa terpaksa menghantar
anak belajar di Bukit Mertajam dan Sungai Petani dan perbelanjaannya sangat
tinggi.
Pada tahun 1953 nama sekolah Badlishah School sempena
lawatan Ke Bawah DYMM Sultan Badlishah tahun sebelumnya. Pada tahun 1959 diubah
menjadi Sultan Badlishah School.
Enrolmen pertama ialah 80 orang murid yang terdiri daripada
dua kelas primary satu (20x2) dan kelas 'Special Malay' (40). Pengetua pertama
ialah Allahyarham Tuan Haji Samsudin bin Mohd Yusuf. Uniform pada ketika itu
ialah kemaja putih dan seluar pendek biru gelap. Warna sekolah ialah biru gelap.
1952 - Kelas menengah pertama dimulakan dengan fizikal yang
tidak mencukupi (tanpa makmal). Pelajar darjah 7 dan 8 terpaksa menjalani
latihan amali di BM High School. Kumpulan awal (pertama) menduduki peperiksaan
SC (School Certificate) pada tahun 1955.
1953 - Lembaga Pengelola Sekolah berfungsi buat pertama
kali.
1955 - Pelajar menduduki peperiksaan buat kali pertama di
Sungai Petani kerana tiada pusat di Kulim. Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah
Pertama diadakan. Dif Kehormat ialah Mr. D. H. Christie, Superintendent of
Education, Kedah dan Perlis (dan Isteri).
1959 - Pertama kali pelajar perempuan diterima masuk
sehingga kini.
1960-an - Asrama, kantin, perpustakaan dan makmal sains
dikemaskini selaras dengan pembentukan kelas-kelas aliran sains dan pertanian.
Pelajar mendapat kemudahan biasiswa, tempat percuma,
penghapusan yuran tambahan dan lain-lain.
1973 - Sambutan Jubli Perak diadakan pada bulan September. Pelbagai acara termasuk walkathon diadakan. Penaung ialah Tuan Syed Harun Al
Jafree, Pengerusi Lembaga Pengelola / Pegawai Daerah Kulim ketika itu.
1974 - Persatuan Ibu Bapa Guru ditubuhkan sebagai titian
antara ibu bapa dan guru.
1977 - Tingkatan 6 Aliran Sains dimulakan.
1980-an - Bangunan asal bekas markas tentera diubahsuai
sewajarnya. Blok-blok baru dibina. 4 kelompok blok khas dibina iaitu blok
makmal (setingkat), makmal baru (2 tingkat) dan blok baru (kelas 3 tingkat) dan
surau.
VISI SEKOLAH SMK SULTAN BADLISHAH, KULIM
Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
sebagai peneraju kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah
MISI SEKOLAH
1. Melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah.
2. Melahirkan pemimpin berwibawa dan terbilang.
3. Menggiatkan pelajar cergas dan proaktif dalam kokurikulum
dan khidmat masyarakat.
4. Meningkatkan ketakwaan, kesopanan dan kesusilaan.
5. Mewujubkan prasarana selamat, kondusif dan sesuai untuk
aktiviti pembelajaran, penempatan dan riadah.
6.Meningkatkan kualiti perkhidmatan, profesionalisme dan
kemenjadian pelajar melalui kerjasama dengan masyarakat dan alumni.
MAJLIS PERSARAAN PUAN PENGETUA DAN PENGIKTIRAFAN SMK SULTAN BADLISHAH SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2011
Majlis yang bersejarah ini berlangsung di Dewan makan, Kulim Golf Resort pada 1 Oktober 2011, di mana majlis ini telah diraikan dengan bersama-sama guru, staf dan Persatuan Alumni dan bekas-bekas pelajar SMKSB. sesungguhnya sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh yang terkenal di negara ini seperti bekas Menteri Kesenian dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Kadir Syed Fadzil dan sebagainya.
Majlis ini amat bersejarah bagi SMK Sultan Badlishah, Kulim kerana puan Pengetua yang telah 11 tahun bertugas di sekolah ini akan bersara pada 29 September 2011 iaitu, Hajah Puan Azizah binti Rasol di samping meraikan kejayaan dan pengiktirafan sekolah sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam kebitaraan bidang Bahasa Melayu dan Badminton.
Semoga sekolah ini akan terus cemerlang dan terbilang pada masa hadapan.
Bergambar kenangan bersama Puan Pengetua di majlis persaraan beliau di Hotel Golf Resort, Kulim. |
Bergambar kenangan bersama sijil pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan tahun 2011 |
HARI BERSEJARAH DI SMK SULTAN BADLISHAH, KULIM
Namun di sekolah ini anugerah-anugerah tersebut akan disampaikan oleh Tunku Sultan Kedah sendiri pada setiap tahun iaitu Sultan Abdul Halim Ibnu Al Marhum Sultan Badlishah. Pada tanggal 27 Jun 2011 merupakan tarikh keramat dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana dapat melihat Tunku Sultan Kedah dan Sultanah dengan lebih dekat lagi.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang majlis HAC berlangsung.
Bergambar bersama anak-murid tersayang yang telah berjaya dalam peperiksaan |
Bergambar kenangan bersama Puan Pengetua SMK Sultan Badlishah, Kulim |
Pentas yang telah dihiasi dengan kuning diraja bagi menyambut Tunku Sultan dan Sultanah Kedah |
Keberangkatan Tunku Sultan dan Sultanah Kedah selepas santapan |
Suasana di dalam Dewan Samsudin semasa majlis Hari Anugerah Cemerlang (HAC) tahun 2012 |
TIANG INFORMASI HASIL CETUSAN GSTT DI SMK SULTAN BADLISHAH
Tiang ini merupakan salah satu projek yang telah dijalankan oleh semua GSTT di SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah. Semasa saya mengajar di sekolah ini, banyak pengalaman yang telah ditimba walaupun hanya setahun bertugas di situ. Untuk pengetahuan semua, di setiap tiang tersebut telah dilekatkan dengan pelbagai maklumat yang merangkumi bidang Sains, Teknologi Maklumat, Kesihatan, Sukan, Sejarah dan sebagainya.
Tujuan tiang informasi ini diwujudkan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan, berkongsi maklumat maklumat baru kepada para pelajar dan menggalakkan minat membaca di kalangan warga sekolah terutamanya pelajar-pelajar di SMKSB ini.
Selain itu, melalui maklumat di tiang itu juga, soalan kuiz untuk pelajar-pelajar sesi petang iaitu tingkatan 1 dan 2 juga akan diberikan dan hadiah yang menarik akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut........sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Ini adalah antara hasil tangan dan cetusan idea kami yang masih kekal sehingga ke hari serta akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa...Alhamdulillah.
Tiang-tiang yang telah dilekatkan dengan pelbagai bidang ilmu
No comments:
Post a Comment