PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA
NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan Malaysia
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970.
JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama. Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya. Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969. Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA
NAMA: Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussien
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 21 September 1970 hingga 14 Januari 1976
TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum. Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB. Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC. Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.
PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA
NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981
Tun Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT
NAMA: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003
TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun. Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia. Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.
PERDANA MENTERI MALAYSIA KELIMA
NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
GELARAN: Pencetus Modal Pembangunan Insan
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya
Dikenali sebagai Pak Lah yang mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tahun 2003. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM
NAMA: Y.A.B. Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak
TARIKH LAHIR: 23 Julai 1953
TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang
TEMPOH BERKHIDMAT: 3 April 2009 sehingga kini
Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.
RUKUN NEGARA
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena
ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan
berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan
yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan
kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan
Malaysia.
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
~SUDUT RENUNGAN~
REJAB Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (rahmat, pemurah, kebajikan) kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan rejab itu maka Allah limpahkan rahmat-Nya dan terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya, demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai
REJAB Menyucikan badannya
SYAABAN Menyucikan Hatinya
RAMADHAN Menyucikan Rohnya
REJAB bulan Taubat
SYAABAN bulan Muhibah
RAMADHAN Dilimpahi pahala amalan
Sabda nabi SAW
Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda nabi SAW
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban Bulanku & Bulan Ramadhan Bulan Umatku. Kemudian rejab dengan malam ISRAJ MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya, Ramadhan dengan LAILATUL QADARnya. Malam awal rejab mustajab doanya ( Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi )
HAYATILAH TIAP KATA-KATA YANG TERUNGKAP.....
BUKANNYA SEKADAR DENDANGAN KOSONG......
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu 'sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata , ' wahai anak kecil kenapa kamu menangis?' maka berkata anak kecil itu, ' wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,' yaa ayyuhal ladziina aamanuu quuan-fusakum' yang bermaksud, 'wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekelian akan diri mu.' Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.'Berkata orang tua itu, ' wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka. ' berkata anak kecil itu,' wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidaklah pak cik lihat orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru meraka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa'.
Berkata orang tua itu sambil menangis, ' sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami?'
~MUTIARA HADIS~
Rasullullah saw. bersabda maksudnya:
" Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambahkan keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya". ( Riwayat Muslim) Sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya : " Sesiapa yang diberi suatu kebaikan ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat." (Riwayat At-Tabrani)
cantik...
ReplyDeletetima kasih. cara baru nk bljr..
Delete