Free Fish Swim Purple Lefty - Pointer Cursors at www.totallyfreecursors.com

Monday, March 26, 2012

~KENANGAN MANIS SEBAGAI GSTT DI SMK SULTAN BADLISHAH, KULIM~

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN BADLISHAH, KULIM

Pada 8 Januari1948, ditubuhkan di bangunan Kedah Volunteer Force Drill Hall sebagai Government English School. Idea dan usaha penubuhan diterajui oleh Allahyarham Datuk Sri Syed Omar Shahabudin, ketika itu Pegawai Daerah Kulim, atas dasar keperluan. Kebanyakan ibu bapa terpaksa menghantar anak belajar di Bukit Mertajam dan Sungai Petani dan perbelanjaannya sangat tinggi.

Pada tahun 1953 nama sekolah Badlishah School sempena lawatan Ke Bawah DYMM Sultan Badlishah tahun sebelumnya. Pada tahun 1959 diubah menjadi Sultan Badlishah School.

Enrolmen pertama ialah 80 orang murid yang terdiri daripada dua kelas primary satu (20x2) dan kelas 'Special Malay' (40). Pengetua pertama ialah Allahyarham Tuan Haji Samsudin bin Mohd Yusuf. Uniform pada ketika itu ialah kemaja putih dan seluar pendek biru gelap. Warna sekolah ialah biru gelap.

1952 - Kelas menengah pertama dimulakan dengan fizikal yang tidak mencukupi (tanpa makmal). Pelajar darjah 7 dan 8 terpaksa menjalani latihan amali di BM High School. Kumpulan awal (pertama) menduduki peperiksaan SC (School Certificate) pada tahun 1955.

1953 - Lembaga Pengelola Sekolah berfungsi buat pertama kali.

1955 - Pelajar menduduki peperiksaan buat kali pertama di Sungai Petani kerana tiada pusat di Kulim. Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah Pertama diadakan. Dif Kehormat ialah Mr. D. H. Christie, Superintendent of Education, Kedah dan Perlis (dan Isteri).
1959 - Pertama kali pelajar perempuan diterima masuk sehingga kini.

1960-an - Asrama, kantin, perpustakaan dan makmal sains dikemaskini selaras dengan pembentukan kelas-kelas aliran sains dan pertanian.

Pelajar mendapat kemudahan biasiswa, tempat percuma, penghapusan yuran tambahan dan lain-lain.

1973 - Sambutan Jubli Perak diadakan pada bulan September. Pelbagai acara termasuk walkathon diadakan. Penaung ialah Tuan Syed Harun Al Jafree, Pengerusi Lembaga Pengelola / Pegawai Daerah Kulim ketika itu.

1974 - Persatuan Ibu Bapa Guru ditubuhkan sebagai titian antara ibu bapa dan guru.

1977 - Tingkatan 6 Aliran Sains dimulakan.

1980-an - Bangunan asal bekas markas tentera diubahsuai sewajarnya. Blok-blok baru dibina. 4 kelompok blok khas dibina iaitu blok makmal (setingkat), makmal baru (2 tingkat) dan blok baru (kelas 3 tingkat) dan surau.


VISI SEKOLAH SMK SULTAN BADLISHAH, KULIM

Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah sebagai peneraju kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah

MISI SEKOLAH

1. Melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah.
2. Melahirkan pemimpin berwibawa dan terbilang.
3. Menggiatkan pelajar cergas dan proaktif dalam kokurikulum dan khidmat masyarakat.
4. Meningkatkan ketakwaan, kesopanan dan kesusilaan.
5. Mewujubkan prasarana selamat, kondusif dan sesuai untuk aktiviti pembelajaran, penempatan dan riadah.
6.Meningkatkan kualiti perkhidmatan, profesionalisme dan kemenjadian pelajar melalui kerjasama dengan masyarakat dan alumni.

MAJLIS PERSARAAN PUAN PENGETUA DAN PENGIKTIRAFAN SMK SULTAN BADLISHAH SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN TAHUN 2011

Majlis yang bersejarah ini berlangsung di Dewan makan, Kulim Golf Resort pada 1 Oktober 2011, di mana majlis ini telah diraikan dengan bersama-sama guru, staf dan Persatuan Alumni dan bekas-bekas pelajar SMKSB. sesungguhnya sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh yang terkenal di negara ini seperti bekas Menteri Kesenian dan Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Kadir Syed Fadzil dan sebagainya.


Majlis ini amat bersejarah bagi SMK Sultan Badlishah, Kulim kerana puan Pengetua yang telah 11 tahun bertugas di sekolah ini akan bersara pada 29 September 2011 iaitu, Hajah Puan Azizah binti Rasol di samping meraikan kejayaan dan pengiktirafan sekolah sebagai sekolah kluster kecemerlangan dalam kebitaraan bidang Bahasa Melayu dan Badminton.

Semoga sekolah ini akan terus cemerlang dan terbilang pada masa hadapan.

Bergambar kenangan bersama Puan Pengetua di majlis persaraan beliau di Hotel Golf Resort, Kulim.

Bergambar kenangan bersama sijil pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan tahun 2011



HARI BERSEJARAH DI SMK SULTAN BADLISHAH, KULIM

Sambutan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) pada setiap tahun merupakan peristiwa penting bagi setiap kerana ia bertujuan untuk meraikan dan mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelajaran. Kebiasaannya setiap hadiah atau anugerah yang akan diberikan itu akan disampaikan oleh seseorang yang terpengaruh seperti Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua Polis Daerah dan sebagainya.

Namun di sekolah ini anugerah-anugerah tersebut akan disampaikan oleh Tunku Sultan Kedah sendiri pada setiap tahun iaitu Sultan Abdul Halim Ibnu Al Marhum Sultan Badlishah. Pada tanggal 27 Jun 2011 merupakan tarikh keramat dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana dapat melihat Tunku Sultan Kedah dan Sultanah dengan lebih dekat lagi.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang majlis HAC berlangsung.

Bergambar bersama anak-murid tersayang yang telah berjaya dalam peperiksaan

Bergambar kenangan bersama Puan Pengetua SMK Sultan Badlishah, Kulim

Pentas yang telah dihiasi dengan kuning diraja bagi menyambut Tunku Sultan dan Sultanah Kedah
Keberangkatan Tunku Sultan dan Sultanah Kedah selepas santapan
Suasana di dalam Dewan Samsudin semasa majlis Hari Anugerah Cemerlang (HAC) tahun 2012



 TIANG INFORMASI HASIL CETUSAN GSTT DI SMK SULTAN BADLISHAH

Tiang ini merupakan salah satu projek yang telah dijalankan oleh semua GSTT di SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah. Semasa saya mengajar di sekolah ini, banyak pengalaman yang telah ditimba walaupun hanya setahun bertugas di situ. Untuk pengetahuan semua, di setiap tiang tersebut telah dilekatkan dengan pelbagai maklumat yang merangkumi bidang Sains, Teknologi Maklumat, Kesihatan, Sukan, Sejarah dan sebagainya.

Tujuan tiang informasi ini diwujudkan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan, berkongsi maklumat maklumat baru kepada para pelajar dan menggalakkan minat membaca di kalangan warga sekolah terutamanya pelajar-pelajar di SMKSB ini.

Selain itu, melalui maklumat di tiang itu juga, soalan kuiz untuk pelajar-pelajar sesi petang iaitu tingkatan 1 dan 2 juga akan diberikan dan hadiah yang menarik akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut........sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Ini adalah antara hasil tangan dan cetusan idea kami yang masih kekal sehingga ke hari serta akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa...Alhamdulillah.


Tiang-tiang yang telah dilekatkan dengan pelbagai bidang ilmu

 

Tuesday, March 13, 2012

~Sejarah Perdana Menteri Malaysia~

PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan Malaysia
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970.

JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama. Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya. Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969. Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.


PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA

 
 NAMA: Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussien
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 21 September 1970 hingga 14 Januari 1976

TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum. Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB. Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC. Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.


PERDANA MENTERI MALAYSIA KETIGA

 NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

Tun Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.


PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT

NAMA: Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun. Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia. Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.


PERDANA MENTERI MALAYSIA KELIMA

NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
GELARAN: Pencetus Modal Pembangunan Insan
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya

Dikenali sebagai Pak Lah yang mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tahun 2003. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).  


PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM

NAMA: Y.A.B. Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak
TARIKH LAHIR: 23 Julai 1953
TEMPAT LAHIR: Kuala Lipis, Pahang
TEMPOH BERKHIDMAT: 3 April 2009 sehingga kini

Mula menceburi bidang  politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

 
RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

 

~SUDUT RENUNGAN~


 

REJAB Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (rahmat, pemurah, kebajikan) kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan rejab itu maka Allah limpahkan rahmat-Nya dan terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya, demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai
REJAB Menyucikan badannya
SYAABAN Menyucikan Hatinya
RAMADHAN Menyucikan Rohnya
REJAB bulan Taubat
SYAABAN bulan Muhibah
RAMADHAN Dilimpahi pahala amalan

Sabda nabi SAW
Hendaklah kamu memuliakan bulan rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda nabi SAW
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban Bulanku & Bulan Ramadhan Bulan Umatku. Kemudian rejab dengan malam ISRAJ MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya, Ramadhan dengan LAILATUL QADARnya. Malam awal rejab mustajab doanya ( Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi )

HAYATILAH TIAP KATA-KATA YANG TERUNGKAP..... BUKANNYA SEKADAR DENDANGAN KOSONG...... 

Anak kecil yang takut api neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu 'sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata , ' wahai anak kecil kenapa kamu menangis?' maka berkata anak kecil itu, ' wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,' yaa ayyuhal ladziina aamanuu quuan-fusakum' yang bermaksud, 'wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekelian akan diri mu.' Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.'Berkata orang tua itu, ' wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka. ' berkata anak kecil itu,' wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidaklah pak cik lihat orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru meraka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa'.
Berkata orang tua itu sambil menangis, ' sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami?'

 ~MUTIARA HADIS~

Rasullullah saw. bersabda maksudnya:

 " Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambahkan keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya". ( Riwayat Muslim) Sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya : " Sesiapa yang diberi suatu kebaikan ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat." (Riwayat At-Tabrani)